fbpx

Program Perjumpaan RH Nilai & RH Seremban

Alhamdulillah?

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi dengan izin-Nya kami dapat merancang & melaksanakan satu program Perjumpaan RH Nilai & RH Seremban dan dapat jua dilaksanakan.

Semua ahli RH sangat bersemangat & memberi komitmen yang tinggi hadir ke perjumpaan yang diadakan di Bilik Seminar, Masjid Dato’ Klana Petra Nilai.

Ucapan dari Ketua RH Seremban, Puan Zarinna yang sangat menyentuh hati dan menginspirasikan semua ahli RH yang hadir dengan pengalaman beliau melakukan kerja dakwah sepanjang bersama dengan RH Seremban.

Di susuli ucapan aluan dari Pengurus Hidayah Centre Foundation N9, Tuan Hj Mohd Ridzuan Ismail di mana beliau turut berkongsi mengenai Misi & Visi HCF serta KPI HCF N9 yang berjaya di capai pada tahun 2021.

Ini adalah langkah permulaan untuk HCF N9 bagi tahun 2022 dengan dibantu oleh 2 Rakan Hidayah kawasan iaitu RH Nilai & RH Seremban. Perjumpaan RH Nilai & Seremban ini di akhiri dengan perkongsian Resolusi daripada setiap JK hasil dari perbincangan dalam kumpulan (PDK).

Terima kasih kepada semua Ajk RH & ahli RH yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

Moga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan & dipermudahkan oleh Allah SWT. ??

#HidayahCentreFoundationN9
#PerjumpaanRHNilaiSeremban2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top