Dalam mengenangkan peristiwa Israk Mikraj, ia menuntut kita untuk menyemak dan menilai kembali pelaksanaan ibadat solat dalam kehidupan seharian.
Walaupun sebahagian kita mungkin beranggapan ibadat solat tidak perlu lagi dibicarakan, malah menganggap banyak lagi perkara lain perlu diutamakan, Rasulullah SAW banyak mengajarkan hakikat kepentingan solat ini.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara pertama yang akan dinilai pada akhirat daripada amalan seseorang hamba itu ialah solat. Jika baik solatnya, maka dia akan berjaya dan selamat, sekiranya buruk solatnya, maka dia akan menyesal dan rugi. (Hadis riwayat Tirmizi)
Banyak perkara perlu direnungi bersama dan dijadikan fokus muhasabah mengenai pelaksanaan ibadat solat dalam kehidupan seharian
Sampaikan Islam , Perkasakan Mualaf