fbpx

Lawatan Kerjasama HCF Wilayah Tengah ke Al Khaadem

KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER 2021 – Hidayah Centre Foundation (HCF) cawangan Wilayah Tengah telah mengadakan mengadakan lawatan kerjasama ke Pertubuhan Al-Khaadem (Al Khaadem) bertujuan untuk memperkenalkan Hidayah Centre Foundation dan membincangkan program-program yang boleh diadakan secara bersama. Lawatan tersebut telah disambut baik oleh Sheikh Hussain Yee iaitu pengasas dan presiden Presiden Al Khaadem.

Terdahulu, Pertubuhan Al-Khaadem adalah sebuah badan kebajikan kemanusiaan yang komited membantu mereka yang memerlukan melalui sistem kebajikan yang berkesan dan berpandukan Al-Qur’an & Sunnah.

Lawatan kerjasama ini sangat penting bagi merapatkan lagi ukhuwah islamiah antara Pertubuhan Al-Khaadem dan HCF cawangan Wilayah Tengah yang menaungi Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top