fbpx

HIDAYAH KOMIK | Persahabatan ke Syurga

?Ada orang meletakkan sahabat lebih dekat berbanding dengan kawan. Kita mungkin mempunyai ramai kawan namun belum tentu semuanya dalam kategori sahabat. Sahabat itu sentiasa berada dekat dalam kehidupan. Ketika senang, dialah bersama meraikannya dan ketika susah dia tetap bersama dengan menghulurkan bantuan.

?Sahabat Rasulullah SAW adalah generasi terbaik dalam sejarah umat Islam. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah SAW ketika menjawab soalan seorang sahabat yang mengajukan soalan:

“Siapakah antara golongan manusia yang paling baik?” Jawab Rasulullah SAW: “Mereka yang ada pada kurunku, kemudian mereka yang datang selepas itu, kemudian mereka yang datang selepas itu. Kemudian datang satu kaum yang mana penyaksian mereka mendahului sumpah dan sumpah mendahului penyaksian.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sampaikan Islam , Perkasakan Mualaf

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top