fbpx

15 Buah Keluarga di Pedalaman Sabah Mendapat Bantuan Bakul Makanan

31 Oktober 2021 – Alhamdulillah, HCF Beluran telah mengadakan ziarah dan mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 15 buah keluarga di Kampung Ratu, Sugut. Penerima terdiri daripada saudara baru dan keluarga bukan muslim.

Para penerima sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Perjumpaan ini turut memberi peluang kepada HCF Beluran untuk beramah mesra bersama penduduk.

Semoga usaha murni yang berterusan ini dapat melonjakkan lagi gerak kerja kebajikan di HCF Beluran dan membantu masyarakat yang memerlukan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang budiman atas sumbangan yang diberikan.

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah :

Nama Akaun :
The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No Akaun : 5505 1085 0017 ( Maybank )

Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+601118812126

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top