fbpx

Sebanyak 7 Buah Kampung di Sabah Mendapat Manfaat Bakul Makanan

18 – 21 Oktober 2021 – Alhamdulillah, HCF Papar kerjasama KDMRS Muslim Papar telah berjaya mengagihkan 70 bakul makanan yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia Cawangan Kota Kinabalu kepada para penerima yang memerlukan. Sebanyak 7 buah kampung sekitar Daerah Papar yang terlibat iaitu :

1.Kg Sapat (10 keluarga)
2.Kg Bunsilou (10 keluarga)
3.Kg Lakut (10 keluarga)
4.Kg Kayau (10 keluarga)
5.Kg Kabang (5 keluarga)
6.Kg kaiduan (10 keluarga)
7.Kg Mook (15 keluarga)

Semoga kerjasama yang berterusan ini dapat melonjakkan lagi gerak kerja kebajikan di HCF Papar dan membantu masyarakat yang memerlukan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Telekom Malaysia dan para penyumbang yang budiman atas sumbangan yang diberikan.

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah :

Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No Akaun : 5505 1085 0017 ( Maybank )

Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+601118812126

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top