Buat julung kalinya, Hidayah Centre Foundation Johor dan Melaka telah bergabung tenaga bagi mengadakan sebuah program outreach berbentuk kuiz kepada masyarakat Malaysia yang bukan beragama Islam.
Program ini telah dilaksanakan pada 16 Jun 2021 dengan kerjasama MyCARE; sebuah NGO yang tidak asing lagi dalam memberikan penjelasan isu di Palestin dan menghulurkan bantuan kepada rakyat di sana. Para peserta berpeluang mendengar sendiri perkongsian ringkas kronologi isu Palestin daripada Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar, salah seorang BOT MyCARE, sebelum mengambil bahagian menjawab soalan kuiz.
Walaupun kuiz ini dijalankan secara atas talian, suasana kegembiraan jelas dirasai oleh para peserta tatkala ramai yang melahirkan rasa seronok sepanjang mengikuti program ini. Malah, para peserta dapat lebih memahami isu sebenar yang berlaku pada rakyat Palestin.
Tahniah kami ucapkan buat para pemenang!
Semoga hubungan harmoni yang telah terjalin antara peserta dan krew HCF Wilayah Selatan akan terus kuat melalui Harmony Quiz Series yang seterusnya.
#HarmonyQuizSeries
#HCFWilayahSelatan
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
Jom sertai kami sebagai rakan hidayah;
https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/
Jom sumbangkan dana untuk urusan dakwah dan pemerkasaan mualaf kami;
https://www.billplz.com/sedekahjohor