fbpx

KELAS AL-QURAN ONLINE SAUDARA BARU

Alhamdulillah. Pada 10 Jun 2021 yang lalu, Hidayah Centre Foundation Negeri Melaka telah melaksanakan kelas tasmik Iqra’ dan Al-quran secara online.

Kelas ini dilaksanakan bagi menggantikan kelas tasmik Al-Quran secara fizikal yang ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Seluruh Negara.

Seramai 5 orang Rakan Hidayah (sukarelawan) telah terlibat secara langsung dalam menjayakan kelas online ini.

Dianggarkan 19 orang saudara baru telah menyertai kelas tasmik online ini.

Semoga dengan pelaksanaan kelas ini, dapat memberikan manfaat kepada saudara baru serta dapat meningkatkan kecintaan mereka kepada Al-Quran.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli Rakan Hidayah, anda boleh mendaftar di https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/

Sampaikan Islam, Perkasakan Muallaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top