fbpx

PEMBUKAAN SEMULA KELAS PENGAJIAN ONLINE HCF MELAKA

25 Mei 2021 – Kelas pengajian online Saudara Baru telah dibuka semula menggunakan platform zoom. Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Rashid Sarmani dengan topik Jews Vs Muslim.

Semoga ilmu yang disampaikan oleh Cikgu Rashid dapat memberikan manfaat serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada kepada para Saudara Baru dalam mendalami Islam.

Rakan Hidayah merupakan satu komuniti sukarelawan yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation, sebuah pusat sokongan saudara baharu dan dakwah kepada masyarakat majmuk. Peranan utama Rakan Hidayah ialah membantu pelaksanaan projek-projek anjuran Hidayah Centre Foundation. Selain daripada bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktiviti dan gerak kerja sukarelawan, Rakan Hidayah juga melaksanakan program sesama sukarelawan bagi memupuk persefahaman dan ukhwah yang berkekalan.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli Rakan Hidayah, anda boleh mendaftar di https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/

Rakan Hidayah sentiasa mengalu-alukan seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai komuniti sebagai ahli dan sukarelawan. Mari gembleng tenaga bersama kami, kita berganding bahu menjayakan misi “Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf!”

#HCFMelaka
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami