fbpx

AGIHAN BANTUAN KEPERLUAN MAKANAN KEPADA PARA MUALAF

Pada 28 April 2021, dengan kerjasama Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital UNIMAPs telah berlangsung satu program iaitu agihan keperluan makanan kepada mualaf santunan HCF Perlis. Sebanyak 10 pek keperluan makanan telah diagihkan kepada mualaf disekitar kawasan Arau dan Kangar.

Objektif utama dalam program ini adalah untuk menyantuni mualaf dengan terus menziarahi ke kediaman mereka. Mudah-mudah dengan usaha ini golongan mualaf akan terus diperkasakan sesuai dengan kehendak Hidayah Centre Foundation.

Selain itu juga,Program ini dijalankan bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam melakukan amal kebajikan khususnya dalam bulan Ramadhan. Sepertimana sabda baginda S.A.W:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.” (Sahih Muslim No: 2308)

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top