fbpx

Penyerahan Motosikal Baru Kepada Seorang Saudara Baru

27/4/2021 9.30 a.m.
Penyerahan motosikal baru kepada seorang Saudara Baru santunan Hidayah Centre Foundation Kedah (HCF) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Penyerahan ini disempurnakan oleh Tuan Syeikh Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.Mari sama-sama kita mendoakan Saudara Baru En. Saiful terus istiqamah dan menjadi pendakwah Islam suatu hari nanti.

Menurut perkongsian beliau, pada asalnya beliau adalah seorang sami dalam agama buddha sebelum ini. Setelah tamat menjadi sami, beliau teruskan mencari kebenaran sehinggalah berkenalan dengan Hidayah Centre.

Alhamdulillah, Hidayah Centre mengambil masa tidak lama untuk menerangkan kebenaran Islam dan akhirnya beliau dengan rela hatinya memeluk Islam. Kini, beliau sedang menuntut ilmu agama di sebuah madrasah di Negeri Kedah.

Tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah S.W.T. Siapa pun kita, jika Allah ingin berikan hidayah untuk berhijrah menjadi seorang yang lebih baik, sudah tentu kita boleh berhijrah dengan serta-merta.Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

#HCF_Kedah
#LZNK

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top