Alhamdulilah, pada bulan Ramadan baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu (HCKM) telah berjaya mengagihkan sumbangan tajaan iftar (berbuka puasa) kepada saudara baru dan keluarga mereka di sekitar Kota Marudu. Antara perkampungan Saudara Baru yang terlibat Kg Gana, Asin-Asin,Gorontung dan Marudu Laut.
Sebanyak 40 keluarga saudara baru telah disantuni dan diraikan dalam tajaan iftar kali ini dalam satu program ringkas dan ziarah ke rumah penerima yang terlibat.
Penerima mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan agar para penyumbang sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan ganjaran pahala dunia dan akhirat.
HCKM merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Cawangan Kota Marudu diatas kesudian berkerjasama dalam menjayakan program kali ini.
Jom bersama-sama kami meraikan mereka atau menaja mereka menerusi sumbangan tajaan iftar.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
NAMA AKAUN : HIDAYAH CENTRE FOUNDATION atau THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION REGISTERED
NO AKAUN BANK : 5505 1085 0017 (MAYBANK)
NO AKAUN BANK : 1211 3010 0494 33 (BANK ISLAM)
RUJUKAN RESIT : TIHCSABAH
Sila emelkan resit sumbangan ke hcf.sabah@gmail.com atau whatsapp ke 011-1881 2126 (HOTLINE HCS) beserta maklumat diri bagi rekod kami.
Jom infaq !!
“Dan perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat. Maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”.[Al-Baqarah 2: 265]
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”