fbpx

HCP : MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DI SABAH 2.0

13 Disember 2020 – Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar (HCP) telah mengadakan misi agihan sumbangan kepada 22 saudara baru santunan HCP yang terlibat bencana banjir di sekitar Daerah Papar baru-baru ini. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Sumbiling, Kampung Kambau, Kg Tibabar, Kg Bungor, Kg Ambatuan dan Kg Sirung sumandak ulu. Agihan di lakukan dengan menziarahi kawasan dan rumah yang terlibat.

Bencana banjir telah menyebabkan banyak kerugian kepada mangsa-mangsa yang terlibat kerana banjir yang memasuki rumah telah merosakkan barang-barang di dalam rumah dan makanan. Mangsa sangat terkesan dengan situasi yang berlaku, lebih-lebih lagi di saat pandemik covid-19 ini.

Alhamdulillah,penduduk yang terlibat sangat bersyukur dan berterima kasih atas kedatangan dan sumbangan yang diberikan. Semoga mereka diberi kesabaran dalam menghadapi situasi ini.

Kami dari HCF Papar ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan untuk misi bantuan bencana banjir kali ini. Semoga sumbangan anda semua mendapat ganjaran disisi Allah serta sentiasa dimurahkan rezeki agar terus menyumbang dengan misi-misi yang dijalankan oleh HCF.Jom menyumbang ke akaun bank Hidayah Centre Foundation:

Maybank 5505 1085 0017
Bank Islam 1211 3010 0494 33
Bank Rakyat 1104 6100 0356

Rujukan: covid19.

Pertanyaan: https://wa.me/60134668794 (Azrul)

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top