fbpx

HCP : SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN COVID 19 FASA 2

20 November 2020 – Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar ( HCP ) sekali lagi turun menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan bantuan kewangan kepada 32 keluarga asnaf saudara baru di sekitar Daerah Papar.

Ramai di kalangan mereka memang golongan yang berpendapatan rendah. Sayu melihat mereka yang turut terjejas disebabkan keadaan semasa sekarang yang sangat mencabar. Ada diantara mereka yang tidak dapat meneruskan pekerjaan kerana syarikat tidak boleh beroperasi buat masa ini.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban semua penerima dan seterusnya memberi sedikit kelegaan bagi menampung perbelanjaan kehidupan seharian.

HCF Papar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah swt melipatgandakan ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.

Salurkan sumbangan anda melalui link: https://bit.ly/HCFcovid193
atau
ke akaun bank Hidayah Centre Foundation:
Maybank 5505 1085 0017
Bank Islam 1211 3010 0494 33
Bank Rakyat 1104 6100 0356

Rujukan: covid19. Pertanyaan: https://wa.me/60134668794 (Azrul)
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top