fbpx

HCP : SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN COVID 19

29 Oktober 2020 – Alhamdulillah, Sebanyak 8 keluarga saudara baru santunan Hidayah Centre Papar (HCP) yang tinggal di sekitar Pekan,Papar telah menerima sumbangan pek makanan serta sedikit bantuan kewangan hasil daripada sumbangan orang ramai.

Ramai di kalangan saudara baru ini yang sememangnya berpendapatan rendah dan semakin terjejas disebabkan pandemik covid 19 yang melanda dunia pada masa ini. Ada di antara mereka tidak dapat bekerja atas sebab syarikat tidak boleh beroperasi dan ada yang tidak boleh menjalankan perniagaan di pasar.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban semua penerima dan seterusnya memberi sedikit kelegaan bagi menampung perbelanjaan kehidupan seharian.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang budiman atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah swt melipatgandakan ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.

Salurkan sumbangan anda melalui link: https://bit.ly/HCFcovid193
atau
ke akaun bank Hidayah Centre Foundation:
Maybank 5505 1085 0017
Bank Islam 1211 3010 0494 33
Bank Rakyat 1104 6100 0356

Rujukan: covid19. Pertanyaan: https://wa.me/60134668794 (Azrul)
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top