fbpx

QURBAN FOR MUALLAF KG MOOK 2020

1 Ogos 2020 (Sabtu) | Salam AidilAdha buat semua umat Islam.

Alhamdulillah, tahun ini HCF Papar telah memilih Kg Mook, Kinarut sebagai tempat untuk melaksanakan program Qurban For Muallaf. Program ini diadakan di kawasan rumah salah seorang penduduk kampung.

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga penduduk yang bukan beragama Islam. Rata-rata yang hadir terutamanya saudara baru sangat teruja dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan sendiri aktiviti qurban.

HCP dan warga kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbangkan lembu qurban kepada kami.

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.

Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top