1 Ogos 2020 (Sabtu) | Salam AidilAdha buat semua umat Islam
Alhamdulillah, Tahun ini HCF Keningau telah memilih Kg Sodomon, Keningau sebagai tempat untuk melaksanakan program Qurban For Mualaf. Program ini diadakan di kawasan surau kampung ini.
Majlis ini dihadiri oleh masyarakat kampung. Penduduk kampung yang hadir sangat teruja dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan sendiri aktiviti qurban. Alhamdulillah seramai 45 orang & keluarga menerima agihan daging Qurban.
HCKU dan warga kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbangkan lembu qurban kepada kami.
Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah swt dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.
Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah.