fbpx

QURBAN FOR MUALLAF KG BENANG 2020

31 Julai 2020 (Jumaat) | Salam AidilAdha buat semua umat Islam.

Hidayah Centre Foundation Cawangan Beluran (HCBE) telah mengadakan program Qurban For Muallaf yang berpusat di Kg Benang, Sugut, Beluran yang telah memberi manfaat kepada 25 keluarga penerima.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Mat Salleh Ketua Daerah, daerah Kecil Paitan, serta semua penduduk kampung.

Warga kampung yang terdiri daripada saudara baru sangat gembira dengan sumbangan qurban yang diberikan kerana dapat merasakan sendiri suasana sembelihan haiwan qurban. Saudara baru juga mengharapkan agar tahun hadapan dapat merasakan suasana ini lagi.

HCBE dan warga kampung juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang terlibat qurban pada kali ini.

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.

Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Negeri Sabah. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top