fbpx

QURBAN FOR MUALAF KG TIGASA 2020

31 Julai 2020 (Jumaat) | Salam AidilAdha buat semua umat Islam.

Alhamdulillah, tahun ini HCF Keningau telah memilih Kg Tigasa, Keningau sebagai tempat untuk melaksanakan program Qurban For Mualaf. Program ini diadakan di kawasan rumah keramaian penduduk kampung disini.

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga penduduk yang bukan beragama Islam. Rata-rata yang hadir terutamanya saudara baru sangat teruja dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan sendiri aktiviti qurban. Alhamdulillah seramai 45 orang & keluarga yang menerima daging Qurban.

HCKu dan warga kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbangkan lembu qurban kepada kami.

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.

Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top