fbpx

31 Julai 2020 (Jumaat) | Salam AidilAdha buat semua umat Islam.

Alhamdulillah, tahun ini HCF Keningau telah memilih Kg Sinar Jaya, Keningau sebagai tempat untuk melaksanakan program Qurban For Mualaf. Program ini diadakan di kawasan tanaman sawit penduduk kampung di sini.

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat kampung di sini. Penduduk kampung sangat teruja dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan sendiri aktiviti qurban. Alhamdulillah, seramai 48 orang & keluarga yang menerima daging Qurban.

HCKu dan warga kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbangkan lembu qurban kepada kami.

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.

Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami