5/7-7/7/2020 : Alhamdulilah tahun ini HCS telah menghantar seramai 5 orang peserta perempuan dan 4 orang peserta lelaki di kalangan mualaf dan anak mualaf dari daerah Keningau, Ranau, Kota Marudu dan Beluran ke Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS) Kudat bagi menyertai program Sijil Asas Pengajian Islam dan Dakwah (SAPID) bagi sesi 2020-2021.
Sebelum mendaftar adik-adik ini ke IPDAS Kudat kami telah mengadakan satu sesi taklimat bagi memandu perjalanan mereka dalam mencari ilmu kerana rata-rata mereka berumur antara 18 dan 24 tahun.
Kami juga menyantuni mereka dengan membawa mereka membeli beberapa barang keperluan asrama dan peralatan pengajian. Jom, kita sama-sama doakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat serta sabar dalam menuntut ilmu.
Terima kasih IPDAS Kudat dan semua para penyumbang.
#sampaikanislamsantunimualaf
#pendidikanuntuksemua
#tajapendidikanmuallaf