HCF BERTAKBIR BERSAMA MUALAF

Hidayah Centre Foundation bertakbir bersama mualaf?.

Allahu akhbar. Allahu akhbar.Walillahil hamd..
Alhamdulillah malam ini, kami di Hidayah Centre Foundation berkesempatan menganjurkan slot takbir raya bersama mualaf-mualaf santunan HCF di seluruh Malaysia secara online.

Lebih 50 orang mualaf yang juga merupakan pelajar kelas bimbingan mualaf beserta tenaga pengajar dapat bersama-sama bertakbir..Ada dikalangan mualaf yang pertama kali berpuasa di bulan Ramadan & meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah..Tazkirah mengenai sunah di bulan Syawal telah disampaikan oleh Ustaz Thoriq dari HCF Melaka. Mualaf juga berkesempatan bertanyakan soalan-soalan berkaitan Hari Raya Aidilfitri pada sesi malam ini.

Semoga Allah menerima amalan kita semua & dapat terus istiqamah menjadi muslim yang baik. InsyaAllah.Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top