fbpx

BANTUAN URUS JENAZAH SAUDARA BARU AMBONG 2020

7 mac 2020 (Sabtu) – Pada hari jumaat jam 8 malam Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar (HCP) telah mendapat perkhabaran daripada salah seorang saudara baru Puan Suhada yang memaklumkan bahawa Abangnya yang dikenali dengan nama saudara Ambong telah meninggal dunia di Hospital Papar. Saudara Ambong merupakan saudara baru santunan HCP yang telah memeluk Islam pada tahun 2017.

Team HCP bersama beberapa Rakan Hidayah telah turun ke Hospital Papar pada pagi sabtu bagi membantu proses menguruskan jenazah saudara Ambong. Dimulakan dengan proses memandikan yang dilakukan oleh team HCP bersama keluarga arwah dan seterusnya di bawa ke salah sebuah masjid untuk disembahyangkan. Solat jenazah telah diketuai oleh Imam Jamil yang merupakan Rakan Hidayah Centre Papar.
Team HCP juga turut membantu dalam menguruskan pengebumian jenazah di tanah perkuburan.

Sungguh, Hidayah Centre sangat menitik beratkan kebajikan saudara baru yang telah memeluk Islam. Yang mana ia tidak semasa hidupnya sahaja namun turut membantu dalam proses-proses seperti menguruskan jenazah saudara baru.Semoga ini semua menjadi asbab hidayah untuk semua ummat.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang sudi membantu dalam proses menguruskan jenazah saudara Ambong.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top