fbpx

KELAS BIMBINGAN SAUDARA BARU DI KG. PAHU, HIMBAAN

Seramai lebih kurang 10 orang saudara baru yang belajar di Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan (HCBT). Kelas ini bermula pada 8.30 pagi sehingga jam 12.30 t/hari iaitu setiap hari selasa. Keterujaan mereka mencari kelas agama mengajak kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada mereka.

Topik Matapelajaran:
A. Akhlak
B. Tauhid
C. Al-Quran & Iqra’
D. Fiqh E. Fiqh Mualaf
F. Sirah

Alhamdulillah, Kelas Bimbingan Saudara Baru HCBT kini diadakan di 4 buah Kampung seperti :
a) Surau at-Taqwa Bundu Tuhan (Sabtu).- 8.30 pagi
b) Masjid Jamek Kundasang (Ahad). – 8.30 pagi
c) Kg. Pahu, Himbaan (Selasa) – 8.30 pagi d) Pekan Nabalu (Rabu) – 2.00 petang

Semua saudara baru dan bukan Islam dijemput hadir.

Dalam sebuah hadis meriwayatkan bahawasanya Aisyah r.a. menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim).

Mari bersama dengan kami dalam membimbing saudara baru dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada HCBT : THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION Bank Islam : 1211 3010 0494 33 Maybank : 5622 0962 4421 Emelkan resit ke:[email protected]

“Sampaikan Islam, santuni Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top