fbpx

Majlis Akrab Aidilfitri Bukit Antarabangsa.

Bukit Antarabangsa – Majlis Akrab Aidilfitri telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Bukit Antarabangsa pada hari Sabtu 15 Jun 2019 baru-baru ini bertempat di Dataran Bukit Antarabangsa. Hidayah Centre Foundation (HCF) telah dijemput untuk membuka booth pameran mempromosikan bahan-bahan dakwah Islam dan kempen inisiatif ANSAR.

Majlis yang bermula seawal jam 7.45 pagi ini telah dihadiri hampir 1000 orang tetamu yang terdiri daripada masyarakat setempat dan luar. Lebih 20 orang tetamu bukan Islam telah disantuni oleh aktivis pendakwah dari Hidayah Centre Foundation. Pelbagai bahan-bahan bacaan berkaitan Islam diperolehi secara percuma yang disediakan di booth Hidayah Centre Foundation.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan amal oleh penyanyi terkemuka wanita Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza bagi kutipan dana pembangunan masjid Bukit Antarabangsa. Majlis ini turut dihadiri oleh artis-artis terkemuka juga pemimpin-pemimpin yang juga merupakan komuniti penduduk kejiranan di sekitar Bukit Antarabangsa.

Pelbagai gerai makanan dan juadah makanan yang enak turut disediakan untuk tetamu dan pengunjung yang hadir. Program sebegini begitu bermakna sekali buat seluruh penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat pelbagai agama dan budaya. Program ini juga memberi manfaat dalam usaha mengeratkan persefahaman dan kerjasama sesama kaum dalam usaha membina Malaysia baharu yang harmoni.

Aktivis-aktivis Hidayah Centre Foundation yang hadir ke Majlis Akrab Aidilfitri Bukit Antarabangsa

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top