Pada suatu pagi di sebuah kampung jauh 10km daripada suatu pekan di Sabah, lebih 80km dari bandaraya KK… datang seorang mualaf ingin memohon nasihat tentang keluarga daripadaku.. Untuk ke kampung tersebut, ku harungi hampir 30 minit jalan tidak berturap, berlubang…sekejap ada line, lamaaa teda line… Bagaimanalah keadaan mualaf di sini ya…siapa yang ziarah mereka selama ni? Terlintas di fikiran kecil untuk memahami mereka di situ.
Tiba-tiba @#$&*?><(*&^%$#@!
Malu pula aku rasakan..kurang 10 tahun aku kahwin dah ada hamba Allah mohon nasihat….lemahnya diri ini aku memberanikan diri untuk membantunya…tapi semuanya itu dari Allah…
Ustaz….mau minta nasihat ba…sia (saya) ada masalah keluarga ba… tentang suami sia.
Kenapa ya kak? ada apa yang boleh kami bantu? tapi sebelum tu…boleh bagi tahu nama kakak?
Sia mary (bukan nama sebenar)…sudah berkahwin lebih 13 tahun sudah…anak 3 orang… sepanjang kami berkahwin sia tak pernah mengeluh pada suami sia apa yang ada itulah rezeki kami…
Aku terus tekun mendengar luahan itu… Minta maaf kak…boleh kakak cerita sikit tentang suami kakak ni?…
Suami sia yang sia tahu orangnya rajin tapi….itulah, tida banyak dia punya gaji.. sikit seja…mau kasi tambang budak sia pun tida cukup, terpaksa budak-budak sia jalan kaki hari-hari pigi sekolah. Tapi dari tahun lalu, tiap kali dia balik rumah, dia mengamuk dengan sia. Rupa-rupanya dia mabuk ba, ustaz… Sia tida tau suda mau buat apa.. sia bagi nasihat, dia marah balik sia… sia minta tolong ajar budak-budak buat kerja sekolah, sia juga yang disuruh balik.. tolonglah sia, ustaz. Apa perlu sia buat?
Maaf kak…apa sebabnya suami kakak mengamuk?
Sia pun tidak tahulah, ustaz…tahu tahu dia cakap kalau kau mau kaya, kau carilah lelaki lain…sia kan tidak kaya, tidak mampu tuk bagi duit sama kau…kau tinguklah (lihatlah), cukupkah duit tu di dompet sia (sambil dilempar dompetnya ke arah sia). Satu lagi ustaz….bila dia balik mabuk tu…mimang (memang) sia tida boleh buat apa. Habis barang-barang di rumah berhamburan. Bila sia cek2, dia ikut kawan-kawannya mabuk. Mau enjoy seja.
Allahu Akbar….moga Allah ampuni dosa-dosa kita kakak…banyakkan bersabar ya (aku merasa sebak….semakin ingin mengambil tempat dirinya untuk mengetahui keadaan suaminya)
Sepanjang sia bersama dengannya, sia tidak pernah mengeluh…sia hanya perlu duit ja untuk tampung sekolah budak-budak kami…
“Allahu Akbar! besarnya pengorbanan akak ini. Moga Allah kuatkan dirimu dalam mengharungi cabaran ini”…bisikan hatiku sambil mendengar keluhannya
Alhamdulillah kak, Allah masih sayang kita untuk teruskan perjuangan hidup ini. Kami doakan agar kakak sekeluarga dirahmati dan diberi kekuatan iman. Amin amin amin. Begini kak, apa yang kami boleh cadangkan di sini, kakak teruskan datang ke Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) kami di sini ya. Ajaklah sekali suami agar beliau boleh belajar agama Islam. Insya’Allah melalui kesungguhan akak berdua belajar agama Islam di sini, kami akan berusaha mendapatkan para penyumbang budiman yang sudi untuk memberikan sedikit sumbangan dan saguhati. Moga dengan sumbangan mereka ini, akan meringankan sedikit bebanan kakak sekeluarga.
Jom mari menyumbang kepada kami Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah! Anda menyumbang kami menyantuni mualaf.
Bank in kepada kami di
MAYBANK 5505 1085 0017
THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Emelkan resit ke hcf.sabah@gmail.com.
Rujukan Penerima : MCSabah