fbpx

Saintis Jepun ini Memeluk Islam Hanya Kerana Satu Ayat.

Pastinya, kita tidak pernah menyangka hanya kerana satu ayat Al-Quran sahaja, boleh memberikan kesan yang mendalam kepada hati yang inginkan kebenaran? Kami kongsikan bagaimana saintis Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai agama dan cara hidupnya.

Dr. Atsushi Kamal Okuda merupakan seorang saintis dan pendidik yang berkhidmat sebagai seorang Profesor Sistem Politik di Universiti Keio, Jepun.

Kita sering mendengar mengenai pernyataan bahawa sains adalah satu-satunya yang diperlukan dalam hidup dan Tuhan serta agama hanyalah sebuah mitos serta tidak disokong oleh apa-apa bukti.

Namun, terdapat ramai saintis, termasuk Dr. Kamal Okuda mempunyai pendapat yang berbeza apabila beliau melepasi garisan hidup tanpa Tuhan kepada kehidupan yang mana beliau tidak boleh hidup tanpa bimbingan Tuhan.

Dr. Kamal Okuda

Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda berkata bahawa hidupnya adalah tidak bermoral dan kurang pengetahuan tentang tujuan sebenar kehidupan ini.

Beliau kemudiannya meniti jalan mula mencari kebenaran, melalui kajian demi kajian akademik dalam tempoh yang agak panjang dengan pelbagai agama.

Sehinggalah, akhirnya beliau bertemu dengan agama Islam dan memutuskan untuk benar-benar mengkaji tentang agama ini.

Ketika di tahun keenam kolej pengajiannya, Dr. Okuda sangat berminat untuk mendalami mengenai perundangan dalam Islam.

Dan pada satu hari, beliau telah menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat daripada Al-Quran yang akhirnya tanpa diduga telah mengubah hidup beliau selama-lamanya.

Ayat tersebut berkisarkan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia daripada pasir, tanah liat dan debu. Salah satu daripada ayat tersebut adalah:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya,” (Surah Al-Hjir 15:26).

Dan ketika beliau meneruskan pencariannya mendalami Islam, Dr. Okuda memutuskan untuk berpindah ke Aleppo, Syria bagi meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab.

Kegembiraan dan kesyukurannya menjadi seorang umat Islam adalah satu rahmat yang tidak terhingga dalam hidupnya kurniaan Allah.

Hari ini, kisah Dr. Okuda menjadi sebuah inspirasi buat semua. Beliau adalah satu contoh bukan sahaja kepada orang Islam Jepun tetapi bagi semua manusia di seluruh dunia tentang apa yang perlu dilakukan selepas mencari kebenaran untuk diri sendiri.

Beliau bekerja keras untuk berkongsi kurniaan Islam terhadapnya bersama-sama dengan orang lain.

Beliau bekerja dengan penuh semangat dalam kalangan rakan dan sahabatnya untuk menyebarkan Islam di Jepun dalam menyelamatkan negara Jepun daripada hidup tanpa bimbingan Allah.

Semoga Allah sentiasa memberkati individu seperti Dr. Kamal Okuda dan semoga beliau dapat pula membimbing lebih ramai lagi masyarakat ke arah agama Islam.

Mari kita ikuti kisah lanjut mengenai pengislaman dan perjalanan hidup Dr. Kamal Okuda:

Buat kita yang sememangnya telah dilahirkan sebagai seorang Islam, moga kisah ini dapat dijadikan motivasi untuk berterusan menyampaikan Islam. Ramai lagi sahabat-sahabat, jiran juga kenalan kita di luar sana yang masih tertunggu-tunggu agama kebenaran ini. Teringat pesan baginda Nabi Muhammad s.aw buat kita semua:

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat” (HR. Bukhari)

#SampaikanIslamSantuniMualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top