fbpx

Rangkuman penuh Ziarah Mahabbah sempena CNY

Nama Program: Ziarah Mahabbah CNY
Tarikh: 9 Februari 2019
Tempat : Sekitar Kariah Masjid Al-Ghufran, Batu 2 Lama, Kaki Bukit dan Padang Besar

Alhamdulillah…
Telah berlangsungnya ziarah ini dengan jayanya. Berjuta tahniah dan terima kasih yang tak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Ziarah ini telah dianjurkan oleh Hidayah Centre Perlis dengan kerjasama Rakan Hidayah Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis – JAIPs, Jawatankuasa Masjid Al-Gufran Batu 2 LamaIKRAM Perlis dan pimpinan cina sekitar kawasan kaki bukit & padang besar.

Sebanyak 19 buah rumah masyarakat cina yang telah diziarahi oleh peserta program seramai 17 orang. Rata-rata rumah yang diziarahidalam keadaan sangat dhaif dan memerlukan bantuan dari segi kewangan, rumah dan pendidikan.

Antara aktivi yang telah dijalankan adalah mengedarkan pek barangan asas dan limau mandarin beserta kad ucapan “Selamat tahun Baru Cina” ataupun “Xin Niang Kuai Ler”. Peserta juga telah bertanya khabar dan beramah mesra dengan ahli rumah yang diziarahi.

Secara umumnya, sambutan yang diberikan oleh tuan rumah sangat baik sehingga ada dari kalangan mereka memberi air tin minuman serta Ang Pow kepada peserta cilik yang turut hadir mengikuti bapanya. Paling tidak lupa ialah, seorang uncle telah menitiskan air mata atas bantuan yang telah diberikan.

Moga-moga usaha ini dapat mengukuhkan perpaduan dan akan berterusan serta mendapat perhatian masyarakat serta pihak-pihak yang berkemampuan untuk terus memberi bakti kepada masyarakat.

##############################################
Berminat nak menyumbang ?
Sila tekan link dibawah ini dengan segera https://hidayahcentre.org.my/ansar/

Atau

Berminat nak sumbang pelbagai kemampuan ?
Sila tekan link dibawah ini dengan segera
https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/

#HidayahCentrePerlis
#ziarahmahabbahCNY
#jaips
#masjidalghufran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top