Ziarah kunjungan hormat dari Muslim Converts Association of Singapore (MCAS)

MELAWATI, 17 Disember – Hidayah Centre Foundation telah menerima ziarah kunjungan hormat dan juga perbincangan kolaborasi dari Muslim Converts Association of Singapore (MCAS) yang juga dikenali sebagai Darul Arqam Singapura.

Sesi kunjungan hormat dan kerjasama ini telah dihadiri oleh pimpinan Darul Arqam Singapura iaitu Tuan Muhammad Imran Kuna, Presiden MCAS, Tuan Zainal Abdin Nordin, Pengurus Besar MCAS dan juga Tuan Muhammad Fadhlullah Daud, Ketua Bahagian Pendidikan MCAS.

Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah menyambut baik kunjungan tetamu-tetamu dari negara jiran Malaysia ini. Turut sama dalam perbincangan yang diadakan adalah Ir. Wan Ahmad Nizar Zakaria, Bendahari HCF dan juga Tuan Abdul Ghaffar Sharif, Pengurus HCF.

Sesi ziarah juga perbincangan kerjasama ini amat penting dalam bertukar-tukar pendapat juga percambahan idea dalam menjayakan lagi projek-projek dakwah di masa akan datang. InsyaAllah.
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *