fbpx

Suara Mualaf: Datang sebagai bukan Islam, pulang sebagai seorang Islam.

Begitulah, sekiranya hidayah Allah telah menyapa hati seseorang. MissX (bukan nama sebenar) telah terpanggil untuk menghadiri Hidayah-Talk yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation malam tadi.
.
MissX mengambil peluang untuk mendengar sendiri perkongsian dari mualaf pedalaman Sabah mengenai kisah penghijrahan mereka. MissX antara tetamu yang hadir dan duduk di barisan hadapan penuh semangat mendengar kisah suara mualaf.
.
Usai perkongsian diberikan, pengacara majlis mula membuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bertanyakan soalan. Pada waktu itu juga, MissX terus sebak tidak dapat meluahkan kata-kata. Ramai mula menyedari esakan MissX dan tertanya-tanya apa yang terbuku dihati beliau.
.
Selepas program, wakil-wakil Hidayah Centre mula mendekati beliau dan bertanyakan sebarang kemusykilan yang beliau hadapi. Selepas beberapa minit berbual bicara, MissX berkata “sudah masanya saya membuat keputusan memilih agama”.
.
MissX menyatakan persetujuannya untuk melafazkan dua kalimah syahadah pada malam itu. Alhamdulillah.
.
Selepas memeluk agama Islam, MissX menyatakan rasa bersyukurnya dapat hadir ke program malam ini. Beliau lebih yakin lagi untuk membuka hati bersyahadah selepas mendengar pengisian dari Puan Syuhada, salah seorang mualaf pedalaman Sabah. “Hati saya sangat tenang bila selesai ucap dua syahadah tadi”, kata MissX.
.
Beliau hadir sebagai bukan Islam dan pulang dari program ini sebagai orang Islam. Seorang Muslim yang persis seorang bayi baru dilahirkan, penuh dengan pahala. Allahu akhbar. Sama-sama kita doakan semoga beliau terus istiqamah hingga ke akhir hayat nanti. 
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf


https://www.facebook.com/hidayahcentrefoundation/posts/1554605274644677

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top