fbpx

KUALA LUMPUR – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) bersama Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2018 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ahad ini.

Menurut Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, majlis pada tahun ini punya keistimewaannya yang tersendiri iaitu bertemakan kepelbagaian etnik.

“Sambutan yang bakal diadakan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan latar belakang,” katanya.

Ulasnya lagi, penyertaan pelbagai etnik yang terlibat dalam acara pada hari tersebut merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Pada tahun ini, majlis ini akan turut meraikan golongan kurang bernasib baik, anak-anak yatim, orang tua, orang asli dan saudara baru. Hidayah Centre Foundation yang bertindak sebagai rakan kerjasama dan tajaan akan turut bersama meraikan saudara baru di majlis yang bakal diadakan ini.

Selain itu, pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan daripada pelbagai latar belakang dan ketua-ketua agama daripada persatuan Buddha dan Taoisme juga telah dijemput dan akan turut hadir.

Juadah tradisional melayu dan masakan Cina Muslim tajaan Restoran Mohd Chan akan dihidangkan kepada semua pengunjung. Di samping itu, terdapat juga acara seperti persembahan budaya pelbagai kaum dan etnik yang bakal dipersembahkan.

Majlis akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2018.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pn. Che Anizah, (018-3971841) atau En. Shiham (013-4594518).

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#AidilFitriHarmoni2018

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami