Kelas Mualaf – Keningau

Alhamdulillah sejak penubuhan Hidayah Centre Foundation Cawangan Keningau (HCKU) pada 2013, kami menyantuni Saudara Baharu (SB) dalam memberi kefahaman tentang asas-asas ajaran agama Islam. Kesungguhan mereka yang ingin dan teruja belajar agama mengajak kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada anda.

Topik matapelajaran:

  • A. Akhlak
  • B. Tauhid
  • C. Al-Quran & Iqra’
  • D. Fiqh
  • E. Fiqh Mualaf
  • F. Sirah
  • G. Fiqah berinteraksi dengan Non Muslim.

Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) HCKu diadakan di lima buah tempat iaitu :

  • A. Pejabat HCKU di Pekan Keningau (berdekatan Kedai Nissan), setiap hari Isnin, Selasa, (9.00 am -12.00 pm) serta Rabu dan Khamis (2.00pm hingga 5.00pm)
  • B. Masjid At Taqwa Keningau, setiap hari Ahad (9.00 am – 12.00 pm),
  • C. Balai Raya Kampung Pagar Pagar, setiap hari isnin (2.00pm – 5.00 pm),
  • D. Kompleks Sukan Keningau, setiap hari Selasa (9.00am – 12.00pm) dan
  • E. Kampung Nantabakan setiap hari Ahad (9.00am hingga 12.00pm).

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya, dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu., sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke surga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid di antara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka dihadapan para malaikat.”

“Jom Saudara Baru bersama kami dalam KBSB “

Ayuh bantu kami membantu saudara baru.

Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada Hidayah Centre Sabah : THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION

  • MAYBANK 5622 0962 4421
  • BANK ISLAM 1211 3010 0494 33

emelkan resit ke hcf.danasabah@gmail.com atau whatsapp resit ke 011-1881 2126

“Sampaikan Islam santuni mualaf”

 

Alhamdulillah sejak penubuhan Hidayah Centre Foundation Cawangan Keningau (HCKU) pada 2013, kami menyantuni Saudara…

Posted by Hidayah Centre Sabah on 2hb Februari 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *