fbpx

Forum : Momogun Satu Permulaan – Papar

25 MAC 2018 ( Ahad ), Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin-Nya Forum Momogun Muslim dapat dilaksanakan dengan jayanya di Surau Nur Hidayah Kg. Belatik Papar Sabah. Program forum yang bertemakan “ Momogun Muslim Satu Permulaan” ini telah dijayakan bersama dengan Penduduk Kampung, AJK SURAU dan Rakan Hidayah Centre Cawangan Papar.

Alhamdulillah seramai lebih 100 orang penduduk kampung Belatik dan juga masyarakat Momogun sekitar Kimanis telah hadir memeriahkan majlis pada ketika itu.

Antara objektif forum ini adalah seperti berikut :
1. Memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Mengetengahkan identiti Masyarakat Momogun Muslim kepada masyarakat di Sabah
2. Menjalinkan hubungan persaudaraan antara masyarakat momogun muslim dengan non-muslim
3. Perayaan Tadau Kamatan boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

Barisan ahli panel yang menjayakan forum ini ialah Timbalan Mufti Negeri Sabah Ustaz Hamdani Omar, Tuan Haji Nicholas Sylvester ( Pengerusi Hidayah Centre Foundation ) dan Encik Daud Hiew Fong Yu (Ketua Kampung Belatik) dan Moderator Forum iaitu Cikgu Surahman Salim (Penolong Setiausaha IKRAM Negeri Sabah) yang dapat memberi kupasan yang menarik demi merealisasikan objektif forum ini tercapai.

Di akhir majlis tersebut juga telah disampaikan sumbangan berupa beras kepada semua hadirin. Kami daripada Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK surau Nur Hidayah Kg. Belatik, Rakan Hidayah Centre cawangan Papar dan semua penduduk Islam Kampung Belatik yang telah sama-sama menjayakan program forum ini, semoga apa yang kita sumbangkan dikira oleh Allah SWT sebagai amal ibadah kita disisi-NYA. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

“Ayuh bantu kami membantu saudara baru.”

 

Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada Hidayah Centre Foundation Sabah :

Bank Islam : 1211 3010 0494 33

Maybank : 5622 0962 4421

Emelkan resit ke hcf.sabah@gmail.com

” Sampaikan Islam Santuni Mualaf”

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1848592791869060.1073742146.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top