fbpx

Lawatan ke Gereja St. Peter Claver

Tarikh : 21 Januari 2018 (Ahad)
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat : Catholic Church Of St. Peter Claver Ranau

Alhamdulillah, lawatan muhibbah ini merupakan kunjungan yang pertama kami lakukan dalam melahirkan hubungan baik antara pelbagai kepercayaan di daerah Ranau.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Father Nicholas dan bersama komuniti Catholic Church of St. Peter Claver Ranau di atas layanan dan sambutan yang sangat baik. Melalui lawatan ini dapat melahirkan rasa persaudaraan dan saling hormat menghormati dalam hidup pelbagai agama dan buadaya budaya khususnya di kawasan Ranau selain saling bertukar-tukar pandangan.

Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Pengerusi HCF Tuan Haji Nicholas Sylvester bersama 5 orang staf dan sukarelawan HCF.

Moga hubungan dua hala memberi impak besar dalam keharmonian dalam pelbagai agama di Sabah.

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1781819991879674.1073742127.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top