fbpx

Kursus Memperkasa Aqidah Saudara Baru – Beluran

Tarikh : 24 Disember 2017
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Surau Kg Ulu Telidusen, Sugut, Beluran

Syukur Kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya Hidayah Centre Foundation Cawangan Beluran telah mengadakan Kursus Memperkasa Aqidah saudara baru di Sekitar Kampung Ulu Telidusen, Sugut, Beluran. Kursus ini diadakan adalah untuk membimbing saudara baru dalam mengenal tauhid kepada Allah swt.

Seramai 20 orang saudara baru hadir dalam kursus ini. Ceramah santai tetapi padat dengan maklumat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaqwan dan Ustaz Hazwan (Daie YADIM Sabah).

Jutaan terima kasih kepada penyumbang budiman atas sumbangan kalian untuk menjayakan kursus ini. Semoga di masa hadapan lebih banyak kursus sedemikian yang dapat dilaksanakan.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1712294758832198.1073742103.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top