fbpx

Tarikh:
17 Oktober 2017, Selasa

Masa:
7.00 malam – 9.00 malam
Surau Kg Karagasan Ranau

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu WataA’la program pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali.

Program ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung yang terdiri daripada golongan muallaf, Islam asal dan juga turut dibanjiri dengan kedatangan kanak-kanak.

Untuk makluman, program ini hasil usahasama antara Hidayah Centre Foundation Bundu Tuhan dengan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, Selangor yang berkampung di Kg Karagasan bermula 15 Oktober hingga 19 Oktober 2017..

Antara pengisian dalam program tersebut ialah:

1. Teori pengurusan jenazah
2. Kenapa manusia perlu mati?
3. Adanya kehidupan selepas kematian
4. Praktikal pengurusan jenazah yang merangkumi :

a) Cara menggunting kain kafan
b) Cara memandikan mayat
c) Cara mensolatkan jenazah

Mereka begitu teruja dan seronok sekali dengan adanya pendedahan berkenaan cara-cara menyelenggarakan mayat orang Islam yang diajarkan kepada mereka kerana hampir kesemua daripada mereka ini tidak tahu untuk menguruskan mayat sebelum ini.

Harapan kami , semoga dengan adanya program pengurusan jenazah ini menjadikan penduduk Islam Kg Karagasan berani dan mampu untuk menguruskan hal ehwal kematian dengan baik dan sempurna.

Akhir sekali, sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan buat semua mahasiswa UIAM dan para penduduk kampung yang memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.

Ponsikou Kio.

 

Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh, Salam Sejahtera.Perkara:Pengurusan Jenazah Saudara BaruTarikh:17…

Posted by Hidayah Centre Sabah on Isnin, 23 Oktober 2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami