fbpx

Qurban For Mualaf – Keningau

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Kawasan Keningau buat kali 4 diamanahkan untuk melaksanakan program ibadah qurban pada tahun ini.

Ibadah qurban pada tahun ini telah dilaksanakan di 4 buah kampung iaitu di Kampung Jaya Baru, Kampung Linggaun, Kampung Pantai Baru dan juga Kampung Membulu

Pelaksanaan ibadah qurban tahun ini dilakukan pada 1 dan 4 September 2017. Seramai 235 orang mendapat agihan daging qurban yang terdiri daripada muallaf dan fakir miskin penduduk Islam dan 21 Orang belum islam turut menerima daging Qurban.

Program qurban ini bertujuan menyantuni golongan asnaf muallaf agar mereka bersama-sama dapat merasai keberkatan dan kemeriahan ibadah qurban. Disamping itu, kami juga berkongsi kepada mereka tentang tatacara melaksanakan ibadah qurban yang merangkumi aspek penyembelihan, pengagihan daging dan perkara-perkara berkaitan ibadah qurban yang telah digariskan oleh syarak.

Akhir kata, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada para penyumbang yang telah mengambil bahagian dalam ibadah qurban pada tahun ini. Kami doakan semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat dan baik kepada kita semua.

Firman Allah swt yang bermaksud “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Haj 22:37

Teruskan membantu kami menyantuni mualaf. Salurkan sumbangan anda walaupuan sedikit tetapi berterusan di Maybank 5622 0962 4421, The Trustees of Hidayah Centre Foundation.

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Kawasan Keningau buat kali 4 diamanahkan untuk melaksanakan program ibadah…

Posted by Hidayah Centre Sabah on Khamis, 14 September 2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami