fbpx

Qurban For Mualaf – Beluran

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Kawasan Beluran kedua kalinya diamanahkan untuk melaksanakan program ibadah qurban tahun 2017.

Ibadah qurban pada tahun ini telah dilaksanakan di dua tempat iaitu di kg. Lingkabau & Kg. Pinangkau di daerah kecil Paitan.

Pelaksanaan ibadah qurban ini dilakukan pada 1 hingga 2 September 2017. Seramai 113 orang mendapat agihan daging qurban yang terdiri daripada muallaf, fakir miskin dan saudara yang belum Islam.

Program qurban ini bertujuan menyantuni golongan asnaf mualaf agar mereka bersama-sama dapat merasai keberkatan dan kemeriahan ibadah qurban. Disamping itu, kami juga berkongsi kepada mereka tentang tatacara dan adab-adab melaksanakan ibadah qurban yang merangkumi aspek penyembelihan, pengagihan daging dan perkara-perkara berkaitan ibadah qurban yang telah digariskan oleh syarak.

Akhir kata, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada para penyumbang yang telah mengambil bahagian dalam ibadah qurban pada tahun ini. Kami doakan semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat dan baik kepada kita semua.

Firman Allah swt yang bermaksud “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Haj 22:37

Teruskan membantu kami menyantuni mualaf. Salurkan sumbangan anda secara berterusan di Maybank 5622 0962 4421, The Trustees of Hidayah Centre Foundation.

#Qurban4Mualaf
#SampaikanIslamSantuniMualaf

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1638819586179716.1073742088.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top