• Taman Melawati KL
  • 03-4108 9669
  • info@hcf.org.my
DONATE

MIPHC

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre

MIPHC dilhamkan penganjurannya dalam tahun 2005 selaras dengan kewujudan Hidayah Centre pada tahun yang sama. Pada awal penubuhannya, HC bertujuan untuk menyantuni saudara baru yang baru memeluk agama Islam. Atas dasar menyambut mereka sebagai saudara baru dalam kelompok muslim yang besar,  pelbagai aktiviti, bantuan dilaksanakan agar mereka berasa gembira dan disambut pengIslaman mereka dengan baik. Oleh itu MIPHC dilaksanakan terutamanya meraikan mereka dalam bulan mulia yang penuh berkat iaiti Ramadan. Ramadan bulan semua umat Islam berpuasa. Oleh itu saudara baru ini dapat merasakan kebersamaan dalam berpuasa dan berbuka serta kehangatan ukhuwwah saat bulan Ramadan yang hadir setahun sekali itu.

Sejak program MIPHC ini dilaksanakan, lebih 10,000 orang saudara baru diraikan dalam majlis ini di seluruh Malaysia.

 

Objektif MIPHC :
 
Objektif MIPHC ini merangkumi 3 komponen utama misi HCF iaitu pertama, menyampaikan mesej Islam. Kedua, menjelaskan salahtanggap terhadap Islam. Ketiga, menyantuni saudara baru. Objektif secara lebih terperinci adalah seperti berikut :

  • Meraikan saudara baru pelbagai latarbelakang beserta keluarga mereka yang belum Islam dalam menghayati ibadah puasa di bulan Ramadhan.
  • Memperkenalkan keindahan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan kepada yang berlainan latarbelakang agama.
  • Menggalakan penglibatan sektor awam dan swasta untuk bersama-sama membantu usaha dakwah di HCF.
  • Membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk meraih pahala di bulan Ramadhan melalui sumbangan berbuka puasa kepada saudara baru.
  • Mengumpul dana bagi membiayai kos pengurusan saudara baru, kos operasi serta program dakwah HCF.

Kami di HCF membuka ruang seluas-luasnya kepada masyarakat Islam di Malaysia untuk bersama-sama kami dalam menjayakan majlis ini dan menyumbang kepada HCF! Sumbangan dalam bentuk sama ada dengan membeli meja untuk hadir meraikan saudara baru dalam majlis ini atau membeli untuk menaja saudara baru berbuka puasa atau kedua-duanya sekali!

Semoga Allah sampaikan kita dibulan yang penuh barakah ini. Bulan dimana pahala digandakan, kebaikan dipermudahkan dan rahmat Allah melimpah ruah serta nikmat teristimewa iaitu peluang amal di malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalanya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak“. (QS. Al-Hadid: 18)

Allah berfirman yang artinya: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugrahNya) lagi Maha Mengetahui“. (QS. Al-Baqarah: 261)

Beli atau Taja melalui Online PaymentKlik Di Sini

  • Hari

    62
  • Jam

    22
  • Minit

    35
  • Saat

    14