Ziarah Mualaf

π’π’Šπ’‚π’“π’‚π’‰ 𝑴𝒖𝒂𝒍𝒂𝒇

13 November 2026
Jumaat
HCF Kuching

Kakitangan Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak Cawangan Kuching bersama Rakan Hidayah Kuching berkesempatan mengadakan ziarah mahabbah ke Bau bagi menyantuni seorang saudara baharu yang telah memeluk Islam pada minggu lalu.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada saudara baharu dalam melalui fasa awal kehidupan sebagai seorang Muslim. Selain bertanya khabar, kunjungan ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta memberikan sokongan dan dorongan agar saudara baharu terus istiqamah dalam perjalanan mengenali dan mendalami Islam.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara saudara baharu ini, mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. 🀲🏻

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top