Ziarah Mualaf di Kampung Telidusan

ZIARAH MUALAF DI KAMPUNG TELIDUSAN

Alhamdulillah, pada 18 Oktober 2026, Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Beluran bersama Rakan Hidayah (RH) Beluran telah mengadakan ziarah ke rumah saudara mualaf di Kampung Telidusan.

Ziarah ini bertujuan menyantuni dan berkenalan dengan saudara baharu, di samping mengetahui perkembangan kefahaman mereka tentang Islam. Perbincangan turut diadakan bagi merancang pelaksanaan kelas bimbingan mualaf untuk memperkukuh pengetahuan agama dan membimbing mereka agar terus istiqamah dalam Islam.

Dalam kesempatan ini, sumbangan barangan keperluan asas dapur turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan saudara baharu.

Semoga usaha ini dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah serta memastikan saudara baharu terus mendapat perhatian, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.

#HCFBeluran#ZiarahMualaf#BimbinganMualaf#PrihatinMualaf#DakwahDanUkhuwah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top