ZIARAH MUALAF & AGIHAN BAKUL MAKANAN DI KG. TINANDUK
Alhamdulillah Hidayah Centre Foundation Keningau telah melaksanakan, satu kunjungan ziarah mualaf di Kampung Tinanduk dengan menyantuni seramai 20 buah keluarga mualaf melalui agihan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada saudara-saudara kita.
Dalam kesempatan ini, turut berlangsung sesi perkongsian bersama penduduk mengenai sejarah awal kedatangan Islam di Kampung Tinanduk serta perkembangan dakwah Islam sehingga ke hari ini.



Perkembangan Islam di kampung ini merupakan satu perjalanan yang amat bermakna. Namun, masih terdapat keperluan dan cabaran yang perlu diberi perhatian, khususnya dalam aspek pendidikan dan bimbingan agama secara berterusan agar saudara-saudara mualaf dapat terus mendalami, memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan dakwah serta membuka lebih banyak ruang untuk masyarakat bersama-sama menyokong pendidikan agama saudara kita.
Mualaf bukan sekadar disantuni, tetapi perlu terus dibimbing dan didampingi.





