Ziarah Mualaf

π’π’Šπ’‚π’“π’‚π’‰ 𝑴𝒖𝒂𝒍𝒂𝒇

13 September2026
Ahad
HCF Kuching

Alhamdulillah, pada 13 September 2026, Kakitangan Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak Cawangan Kuching bersama Rakan Hidayah Kuching telah berkesempatan menziarahi saudara-saudara mualaf di Sungai Lintah, Rambungan.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada saudara mualaf, di samping mengeratkan ukhuwah dan bertanya khabar tentang perkembangan mereka.

Dalam kesempatan yang sama, kakitangan HCF Sarawak Cawangan Kuching turut menyerahkan Sijil Pengislaman kepada saudara mualaf yang telah melafazkan syahadah di Hidayah Centre Foundation sebagai tanda pengiktirafan dan rekod pengislaman mereka.

Semoga ziarah yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan menguatkan semangat saudara-saudara mualaf dalam meneruskan perjalanan hijrah mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top