Usaha Berterusan Membimbing Mualaf di HCFPP
13 Januari 2026 (Selasa) – Abg Ard, sukarelawan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP), telah menyantuni seorang mualaf dalam sesi bimbingan asas wuduk dan solat yang berlangsung di Pejabat HCFPP.


Mualaf berkenaan telah bersyahadah pada tahun lalu dan kini sedang meneruskan proses pembelajaran serta penghayatan asas-asas Islam.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam, serta dikurniakan kekuatan dan keteguhan iman dalam perjalanan hijrah ini.
#SampaikanIslam
#PerkasakanMualaf
#SantunanMualaf
#DakwahBersama





