fbpx

Bantuan

Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD buat Mualaf.

Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD tajaan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) secara separuh masa di Open University Malaysia (OUM)??? Peluang mendalami Pengajian Islam di semua peringkat pengajian melalui program tajaan untuk Asnaf Muallaf oleh Lembaga Zakat Selangor di OUM. Kursus yang ditawarkan: Pengajian Islam ? Peringkat:Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD ⏳ Tempoh pengajian:2 tahun – 4 tahun …

Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD buat Mualaf. Read More »

HCF & GDM Bersama Aktiviti Serahan Bantuan Anjuran MAIPk

Ipoh – Wakil Hidayah Centre Foundation Negeri Perak, bersama wakil MAIPk, JAIPk dan Gabungan Dakwah Malaysia negeri Perak dan beberapa orang wakil sukarelawan telah berjaya melaksanakan aktiviti pemberian sumbangan kepada keluarga mualaf yang memerlukan di sekitar Ipoh pada 9 Mac 2019..Usaha ini dijalankan bagi bertanya khabar dan menyantuni mualaf serta keluarga mereka.

HCF Bantu Saudara Baru Berdikari.

Baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah menziarahi keluarga Amin Liong di bengkelnya yang terletak di Taman Industri Lembah Jaya, Ampang. Hidayah Centre telah membantu menyuntik modal untuk membolehkan pasangan suami isteri ini mengusahakan bengkel kenderaan. Inilah hasil sumbangan orang ramai salah satu untuk membantu saudara baru untuk berdikari dalam menghadapi cabaran kehidupan. Kunjungan kami kali …

HCF Bantu Saudara Baru Berdikari. Read More »

Bantu Mualaf : Misi Pencahayaan Pagalungan – Siri 2

SILUNGAI KAMI DATANG..Oleh SHM | Siti Hamisah Manan Setelah hampir 2 jam dari tengah hutan menguruskan tayar kereta yang bermasalah, Silungai mula memunculkan diri dengan pemandangan sungai sebagai tanda. Sayup di bawah sana dari tempat kami memberhentikan kenderaan kelihatan deratan rumah kayu di seberang sungai. Terpegun saya melihat keindahan pemandangan di sini. Lebih mengusik jiwa …

Bantu Mualaf : Misi Pencahayaan Pagalungan – Siri 2 Read More »

Bantu Mualaf – Misi Pencahayaan Pagalungan – Siri 1

MISI MENCABAR KE PEDALAMAN BERMULA..Oleh: SHM | Siti Hamisah Manan Dingin pagi bumi di bawah bayu begitu memalaskan diri. Seawal 4.45 pagi azan subuh berkumandang bersama gegaran di handphone memecah sunyi bilik hotel. Namun janji temu telah ditetapkan ahli misi ke Pagalungan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mematikan hasrat untuk berlama-lama di atas katil. Walaupun …

Bantu Mualaf – Misi Pencahayaan Pagalungan – Siri 1 Read More »

Kuih D’Tart by Salwa Mokhtar

Jom, bersama-sama kita membantu dan menyokong usaha penjanaan ekonomi mualaf! Kuih D’Tart by Salwa Mokhtar yang lazat & rapuh ini adalah hasil resipi keluaran salah seorang mualaf yang begitu berdedikasi menghadiri kelas bimbingan mualaf setiap minggu. Kami dah rasa kuih tart ni! Rasa yang sungguh premium!Sedap hingga ke serdak yang terakhir! ? Hanya RM25.00 sahaja sebalang! …

Kuih D’Tart by Salwa Mokhtar Read More »

Kerana kita bersaudara…

Tengah hari itu, kami di HCF menerima pesanan ringkas yang menyatakan keadaan Uncle Eng (salah seorang mualaf santunan HCF) yang agak uzur. Isterinya juga dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak sihat pada ketika ini. Beliau sememangnya diuji dengan sebelah kakinya gagal berfungsi normal sejak beberapa tahun yang lalu. Selepas beliau bersyahadah, beliau telah ditinggalkan anak-anak …

Kerana kita bersaudara… Read More »

TAJAAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2019 HIDAYAH CENTRE FOUNDATION

Hidayah Centre Foundation membuka peluang kepada semua untuk turut bersama-sama menyumbang menerusi projek Tajaan Back 2 School bagi memberikan kegembiraan juga memotivasikan anak-anak mualaf dalam memulakan sesi persekolahan tahun 2019 di seluruh Malaysia. Tajaan sumbangan ini akan disalurkan kepada 150 orang anak-anak mualaf yang berkelayakan di seluruh Malaysia termasuklah kawasan pendalaman Sabah dan juga Sarawak. …

TAJAAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2019 HIDAYAH CENTRE FOUNDATION Read More »

Nafas baru buat mualaf.

Amin Liong adalah merupakan salah seorang saudara baru santunan Hidayah Centre Foundation. Berbekalkan kemahiran dalam membaiki kerosakan pada kenderaan, Amin Liong dan isteri,Erin sedang gigih berusaha dan berdikari dalam mengusahakan bengkel kenderaan mereka sendiri di Taman Industri Lembah Jaya, Ampang. Selepas melakukan beberapa sesi perbincangan, pihak Hidayah Centre Foundation berbesar hati untuk menyalurkan sokongan buat …

Nafas baru buat mualaf. Read More »

Kursus Nasihat Kewangan Patuh Syariah

Pada hari Sabtu 6 Oktober 2018, telah diadakan Program Nasihat Kewangan Patuh Syariah, Formula Pengurusan Kewangan Peribadi-i.  Program ini telah dijalankan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya, Taman Melawati. Program ini telah dihadiri lebih 50 orang saudara baru dari pelbagai latar belakang. Program seumpama ini diharap mampu memperkasakan mualaf dari sudut ekonomi juga pengurusan kewangan …

Kursus Nasihat Kewangan Patuh Syariah Read More »

Scroll to Top