Syahadah Di Majlis Iftar: Detik Indah Hidayah

π‘΄π’‚π’‹π’π’Šπ’” 𝑰𝒇𝒕𝒂𝒓 π‘¨π’Žπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒏𝒂 π‘―π’Šπ’…π’‚π’šπ’‚π’‰ π‘ͺ𝒆𝒏𝒕𝒓𝒆 (𝑴𝑰𝑷𝑯π‘ͺ)

14 Mac, Ipoh – Hidayah Centre Foundation HCF Perak telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre bertempat di Dewan Sutera Ipoh, Perak.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti perkongsian bertajuk β€œQuran & Dakwah” yang disampaikan oleh Hj. Abdul Jalil bin Abdullah, Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia Perak. Perkongsian tersebut menekankan kepentingan Al-Quran sebagai panduan dan bekalan Taqwa dalam kehidupan.

Majlis seterusnya telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Nor Hilmi bin Salimi Khoiren, Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh daripada Jabatan Agama Islam Perak. Selepas perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada para mualaf sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mereka.

Majlis turut diserikan dengan ucapan penghargaan oleh Wan Muhammad Wan Ibrahim, Pengarah Kanan Operasi HCF, yang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan membantu menjayakan program ini. Antara detik yang menyentuh hati ialah sesi syahadah oleh seorang wanita yang menyatakan hasrat untuk kembali kepada agama fitrah, iaitu Islam.

Selepas solat Maghrib berjemaah, para tetamu menikmati santapan malam dalam suasana penuh ukhuwah yang turut diserikan dengan persembahan nasyid dari Masjid Maaruf. Seramai 100 orang mualaf bersama ahli keluarga serta rakan-rakan bukan Muslim telah diraikan dalam majlis ini.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan penyumbang yang telah menyumbang bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. 🀲✨

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top