GEORGE TOWN — Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah, pihak Hidayah Centre Foundation bersama Rakan Hidayah dan tim PDI telah menganjurkan aktiviti Street Dakwah di sekitar Paya Terubong dan Pasar Chowrosta baru-baru ini.



Program ini bertujuan memanfaatkan momentum Tahun Baharu Islam bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenai konsep Maal Hijrah dan ajaran Islam secara umum. Menerusi pendekatan santai dan berhikmah, para sukarelawan yang terdiri daripada enam orang sukarelawan Rakan Hidayah dan empat orang mualaf di Paya Terubong, serta tiga orang petugas tim PDI di Pasar Chowrosta telah mengagihkan goodies dan risalah maklumat kepada orang awam.
Pihak pengurusan berharap menerusi perbualan mesra dan santunan di lapangan ini, ia dapat mengukuhkan hubungan kemasyarakatan serta mempamerkan imej Islam sebagai agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh alam.





