16 Mei 2026 – Alhamdulillah, pada pagi Sabtu , kami berkesempatan mengadakan aktiviti street dakwah bertemakan Hari Ibu , di Taman Chai Leng Park bersama Team IKRAM Pulau Pinang dan Pasar Pagi Seberang Jaya oleh Team MACMA Penang 华穆协槟州分会.
Pada hari Ahad pula, program dijalankan di Pasar Chowrosta bersama tim PDI.
Program ini bukan sekadar peluang untuk mengedarkan risalah dan berkongsi tentang Islam, tetapi juga dapat bersembang santai bersama masyarakat bukan Islam mengenai besarnya kepentingan seorang ibu dalam masyarakat dan dalam Islam. Dakwah kami pagi itu santai tapi penuh dengan hikmah.






Perancangan awal untuk program ini diadakan di taman berdekatan Masjid Seberang Jaya, namun kami terpaksa menukar lokasi ke Pasar Taman Chai Leng Park agar program dapat diteruskan dengan lancar. Sesungguhnya, setiap ujian itu ada hikmahnya.
Seramai 4 orang sukarelawan terlibat dalam program di Taman Chai Leng Park mewakili street dakwah IKRAM Seberang Perai Tengah. Di pasar Seberang Jaya pula seramai 3 orang mengagihkan goodies dan risalah. Tim PDI disertai seramai 5 orang termasuk Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dan menerimanya sebagai amal soleh.





