Alhamdulillah, pada 24 Jun 2026, telah berlangsung Program Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada 20 orang asnaf mualaf bertempat di Surau Kampung Tinutuan, Ranau.
Program ini telah diselaraskan oleh Hidayah Centre Bundu Tuhan (HCBT) dengan kerjasama Daie YADIM Daerah Ranau. Sumbangan bakul makanan ini merupakan tajaan daripada Yayasan Buruj sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan saudara-saudara baharu yang memerlukan.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban penerima serta menjadi penyuntik semangat buat mereka untuk terus istiqamah menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.






Pihak Hidayah Centre Foundation Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Buruj atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan usaha kebajikan ini. Semoga segala bentuk sumbangan dan kerjasama ini diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Kami juga mengajak para dermawan untuk terus bersama Hidayah Centre Foundation Sabah dalam memperkasa dakwah dan kebajikan mualaf. Setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab lebih ramai saudara baharu dapat dibimbing, disantuni dan dibantu melalui pelbagai program dakwah, pendidikan serta kebajikan.
“Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”





