Santuni Masyarakat Non Muslim di Bayan Lepas

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG – Sempena Bulan Kebangsaan, MACMA Penang turun padang menganjurkan program Street Dakwah Merdeka 2026 di Pasar Awam Jalan Kelicap, Bayan Lepas pada Selasa, 25 Ogos 2026.

Program ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat, khususnya rakan-rakan bukan Islam, melalui pendekatan yang mesra dan terbuka.

Dalam program tersebut, goodies Merdeka dan risalah Islam diedarkan kepada orang awam sebagai medium dakwah yang santun. Pendekatan ini diharap dapat membantu masyarakat mengenali Islam sebagai agama yang membawa kasih sayang dan rahmat untuk semua.

Program seperti ini turut selari dengan semangat Bulan Kebangsaan, iaitu memperkukuh perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top